PEJABAT BENDAHARI

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Selamat Datang

Pejabat Bendahari UNIMAS mula beroperasi pada tahun 1993 di Rumah Setia, Jalan Reservoir, Kuching serentak dengan penubuhan Universiti. Pada tahun 1994, Pejabat Bendahari telah berpindah ke Kampus Timur yang terletak di Kota Samarahan dan seterusnya berpindah ke Bangunan Canselori, Aras 1 yang terletak di Kampus Barat pada tahun 2006 sejajar dengan penyiapan Bangunan CAUH. Pejabat Bendahari adalah bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal kewangan Universiti seperti pelaburan dan pengurusan dana, bayaran-bayaran projek pembangunan, pengurusan gaji serta lain-lain perkara yang berkaitan dengan kewangan dan perakaunan. 

Objektif Kualiti

  • Memastikan 100% bayaran kepada Universiti dikeluarkan resit rasmi UNIMAS
  • Memastikan 100% wang yang dimasukkan ke bank melalui terimaan tunai, cek, wang pos dan draf disediakan bank-in slip dan diselaraskan dengan rekod tunai
  • Memastian 98% pegawai yang dilantik untuk memungut hasil Universiti dikeluarkan lantikan rasmi oleh Bendahari sebagai punca kuasa

Download UNIMAS Now App

Image
Image

Follow us